Monday, May 3, 2010

1 litre of tears: ‘Aku Sangat MerinduiMu Ya Allah…’



Dalam jiwa ini penuh dengan rasa rindu padaMu oh Ya Allah…




Di suatu malam yang hening, lenaku disentap, hatiku begitu terpanggil untuk ke rumahMu. Lalu, langkah teratur meniti setiap jalan lembah ciptaanMu. Dengan tasbih dan tahmid mengiring langkah ku ke sana..



Sesampainya di sana aku begitu terharu... sebuah surau yang kecil seakan-akan menunggu kedatanganku.. terpancar cahaya-cahaya lampu kegembiraan yang mengalu-alukan kedatanganku…. lalu ku tunaikan solat sunat syukur untukMu Ya Allah…



Selepas solat, ku alunkan sebuah zikrullah merdu, ku khususkan untukMu Ya Allah… Sesungguhnya aku begitu sebak pada malam ini. Astaghfirullah...!Kenangan dosa lalu sering menghambatku.


Aku begitu lalai dan leka dengan duniaMu. Ku abaikan perintahMu. Aku telah salahgunakan nikmat yang Kau berikan padaKu. Aku perasan hidayahmu pernah datang menghampiri dan menampar mukaku. Aku hampir tersedar akan kesilapanku dan ingin kutunaikan kewajipanku... Namun, syaitan datang merenggut jiwaku.. Iblis datang berbondong-bondong menghamburkan bisikan dusta. Aku tewas pada mereka.. Ku terus lalai dan alpa bahawa Malaikat Maut berada di belakangku..menunggu masa untuk menyentap nyawaku... tangan ini ku gunakan untuk memegang yang tidak sepatutnya, kaki ini lincah melangkah dosa, mulut pula mengeluarkan kata-kata keji dan banyak zina dilakukan mata...



Tetapi,


Pada malam ini aku terpaku, lidahku kelu, jiwaku beku.. ku kira inilah tamparan hidayahmu yang hebat buat diriku. Air mataku bercucuran bagaikan hujan. Aku mohon padaMu Ya Allah.. Ampunkanlah dosa hambaMu ini... Tenangkanlah jiwa ini.. Teguhkanlah imanku... Tiada siapa yang lain tempat aku mengadu. Engkaulah temanku, Engkaulah pengubat dukaku.. Oh Ya Allah..Aku Sangat MerinduiMu!! Aku rindukan belaian kasih agamamu, aku rindukan kekasihmu, aku rindukan kalammu.. lalu ku buka Al-Quran, ku baca sungguh-sungguh, ku renungkan hadis-hadis nabi, aku cuba sedaya upaya menghalang diriku terjebak dalam kancah dosa..sebab.... Aku terlalu merinduiMu....




Monday, April 26, 2010

Pendidikan Muzik SK Pandan Perdana




Terdapat lima kategori Alat Muzik Tradisional:


Kordofon
Alat-alat muzik kordofon ialah alat-alat yang mengeluarkan bunyi kerana adanya getaran pada tali yang ditegangkan. Alat-alat muzik rebab, sape dan lain-lain tergolong dalam kategori ini.
Membranofon
Dalam kategori ini digolongkan alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui kulit atau membrane yang ditegang dan dipalu.Berbagai jenis alat gendang dan rebana Melayu tergolong dalam kategori membranofon. Kebiasaannya digunakan di dalam menghasilkan lagu-lagu rakyat.

Erofon
Erofon adalah alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui lubang udara. Dalam masyarakat pribumi Malaysia,terdapat beberapa jenis alat muzik erofon seperti serunai, seruling, nafiri, seruling hidung dan lain lain yang sejenis.

Idiofon
Idiofon adalah alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui tindakbalas pada rangka badan yang bergema. Contoh alat muzik idiofon pribumi Malaysia ialah kumpulan gong dan jenis-jenisnya. Dalam kategori idiofon terdapat alat-alat muzik 'metallophone', yang diperbuat daripada logam gangsa seperti saron dan gendir dalam ensemble gamelan.


Erofon Bebas

Erofon bebas adalah suatu alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui lubang udara dengan car meniupnya, penjenisan alat adalah berbeza dari erofon. Ianya diperbuat dari pelbagai bentuk yang berbeza dan diperbuat dari bahan yang bersifat sementara seperti daun-daun kayu, daun kelapa dan sebagainya. Penghasilan bunyi tidak mengikut kod muzik yang ditetapkan dan bukan untuk tujuan dipermainkan bersama alat muzik yang lain.


Mari Belajar Pic
Saksikan video nyanyian tersebut:

Dengarkan vokal kumpulan koir tersebut: